A. Muslimin
Di saat kaum
Nuh melakukan tipu daya untuk membinasakan Nabi Nuh as maka Allah membinasakan
mereka semua iaitu dengan mengeluarkan daripada bumi air yang sangat panas dan
mencurahkan dari langit air yang sangat sejuk dan mendatangkan angin taufan
yang sangat dahsyat di keliling mereka, saat itu binasalah musuh-musuh Nabi Nuh
dan selamatlah Nabi Nuh berserta pengikut-pengikutnya yang beriman.
Firman Allah
SWT yang bermaksud:
“Maka Kami
selamatkan Nuh dan orang-orang yang bersertanya di dalam kapal yang penuh
muatan.”
(Asy-Syu’ara’:
119)
Kaum Nuh ingin
mengeluarkan Nabi Nuh as. daripada tengah-tengah mereka. Kemudian Allah SWT
melakukan tipu daya terhadap mereka. Dan Allah mengeluarkan daripada langit air
yang sangat sejuk dan memancarkan air daripada bumi dengan air yang sangat
panas.
Firman Allah
SWT yang bermaksud:
“Maka Kami
bukakan pintu-pintu langit dengan menurunkan air yang mencurah-curah. Dan Kami
jadikan bumi memancar mata air-mata air maka bertemulah air-air itu satu urusan
yang sungguh telah ditetapkan.”
(Al-Qamar:
11-12)
Ketika masa
azab yang telah ditentukan oleh Allah SWT itu hampir tiba, Allah mengutus
Malaikat Jibril as untuk menemui Nabi Nuh as mengajarkan kepada beliau
cara-cara menukang kayu, dan Jibril mengatakan bahawa Allah menyuruh Nabi Nuh
membuat sebuah kapal.
Firman Allah
SWT yang bermaksud:
“Dan buatlah
bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami.”
(Hud: 37)
Kemudian Nabi
Nuh berkata: “Bagaimana cara membuat kapal tersebut? Jibril menjawab:
“Potonglah 124000 keping papan, dan pada tiap-tiap keping papan itu tertulis
nama Nabi.” Nabi Nuh menjawab: “Sesungguhnya saya tidak mengetahui seluruh
nama-nama Nabi tersebut? Allah berfirman: “Wahai Nuh, tugas memotong papan itu
adalah tugasmu, sedangkan menyatakan nama-nama nabi itu, Akulah yang akan
melakukannya.”
Kemudian Nabi
Nuh pun memotong kepingan papan yang pertama, maka kelihatan nama Nabi Adam as.
Pada kepingan yang kedua nampak nama Syaits as. Pada kepingan papan yang ketiga
nampak nama Idris as. Pada kepingan papan yang keempat nama Nuh as. Demikianlah
seterusnya, setiap kali Nabi Nuh selesai memotong papan tersebut maka nampaklah
nama seorang Nabi pada papan itu. Yang paling akhirnya adalah Nabi Muhammad
SAW, sebagai penutup nabi-nabi, penghias orang orang suci dan penyuluh para
wali.
Setelah itu
Allah memerintahkan Nabi Nuh as untuk menyiapkan paku-pakunya. Pada setiap paku
tercantum nama salah seorang Nabi. Setelah Nabi Nuh as menyiapkan paku, lalu
beliau menyatukan kepingan-kepingan papan tersebut dan memakunya. Orang-orang
kafir yang melihat pekerjaan Nabi Nuh itu mengejek dan menghinanya. Hal ini
dinyatakan Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud:
“Dan mulailah
Nuh membuat bahtera. Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan melewati Nuh,
mereka mengejeknya. Berkatlah Nuh: “Jika engkau mengejek kami, maka
sesungguhnya kami pun mengejekmu sebagaimana kamu sekalina mengejek (kami).”
(Hud: 38)
Itulah sebagai
peringatan yang diberikan oleh Allah, kerana ketika Allah nampakkan nama-nama
kekasih-Nya pada kepingan papan itu, maka Allah selamatkan papan itu dan
penumpangnya daripada badai dan taufan. Dan ketika Allah menampakkan pada hati
orang-orang beriman kecintaan kepada Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya,
maka Allah selamatkan pula mereka daripada seksaan api Neraka.
Dalam sebuah
kisah diceritakan, bahawa ada yang bertanya kepada Abdullah bin Abbas ra.
“Ajarilah kami ilmu yang dapat menyelamatkan kami daripada api neraka dan dapat
memasukkan kami ke dalam Syurga?”
Ibnu Abbas
menjawab: “Hendaklah kamu semua melakukan lima belas perkara. laitu lima dengan
lisan, lima dengan anggota badan dan lima dengan hatimu.
Lima dengan
lisan itu adalah mengucap kalimah:
Subhanallah,
Alhamdulillah, La ilahaillallah, Allahuakhbar, Lahaulawala quwata illa billahil
‘aliil adzhim
Lima dengan
anggota badan iaitu solat lima waktu:
Isyak, Subuh, Zohor,
Asar, Maghrib.
Lima dengan
hati iaitu mencintai lima orang yang dicintai Allah SWT Rasulullah dan sahabat
yang empat.
Nabi Muhammad
SAW, Abu Bakar Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Thalib.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar